Kuasa Allah, Bakal Haji Tertinggal Flight Berjaya Ke Tanah Suci Selepas Pesawat 2 Kali Berpatah Balik [Video]

29 May 2025 • 10:19 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebagai umat Islam, kita perlulah percaya bahawa setiap perkara yang berlaku adalah atas keizinan dan kehendak Allah SWT.

Tiada siapa yang dapat menghalang sekiranya Allah SWT telah mengaturkan sesuatu untuk hambaNya.

Perkara itu memang benar dan tidak dinafikan. Seperti baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah ajaib perjalanan seorang lelaki Libya ke kota suci Mekah di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah Haji.

Ditahan imigresen hanya kerana nama keluarga ‘Al Gaddafi’

Kisahnya bermula selepas lelaki yang dikenali sebagai Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi itu telah ditahan oleh pihak imigresen di lapangan terbang semasa pemeriksaan keselamatan ketika ingin berangkat ke Tanah Suci.

Difahamkan, nama keluarga Amer iaitu ‘Al Gaddafi’ telah dikesan oleh sistem keselamatan menyebabkan dia ditahan di kaunter imigresen.

“Kami akan cuba selesaikan untuk awak, tapi awak perlu tunggu bersama kami sekejap,” kata seorang pegawai di lapangan terbang dipetik abp live.

Pesawat berlepas tanpa Amer alami masalah teknikal, terpaksa berpatah balik

Sementara kumpulannya menaiki pesawat, Amer masih lagi ditahan di kaunter. Setelah isu keselamatan selesai, juruterbang enggan membuka pintu pesawat untuknya dan memutuskan untuk berlepas tanpa dia.

Pegawai keselamatan kemudiannya menenangkan Amer dan meminta dia untuk pulang sahaja, namun lelaki itu enggan meninggalkan lapangan terbang dan berkata,”Saya berniat untuk menunaikan Haji dan insyaAllah saya akan pergi”.

Tidak lama selepas berlepas, kapal terbang terbabit mengalami masalah teknikal dan terpaksa berpatah balik. Pesawat itu kemudiannya menjalan pembaikan kecil, tetapi juruterbang tetap tidak mahu membuka pintu untuk membawa Amer masuk.

Pesawat alami masalah kali kedua dan terpaksa kembali ke lapangan terbang

Selepas berlepas buat kali kedua, penerbangan itu sekali lagi mengalami masalah dan terpaksa mendarat semula.

Menurut para penumpang dan kru, selepas pendaratan kali kedua, kapten penerbangan itu berkata, “Demi Allah, saya tidak akan terbang lagi melainkan Amer turut bersama kami dalam pesawat ini”.

Pihak berkuasa kemudiannya memberi kebenaran untuk Amer meneruskan perjalanan dan beliau akhirnya menaiki penerbangan pada cubaan kali ketiga.

Penerbangan kali ketiga bersama Amer berjalan lancar

Ajaibnya kuasa Allah, pesawat itu tidak mengalami sebarang masalah ketika penerbangan kali ketiga bersama Amer sehingga tiba di Arab Saudi dengan selamat.

“Saya hanya ingin menunaikan Haji. Saya percaya, jika ia telah ditakdirkan untuk saya, tiada kuasa yang dapat menghalangnya,” kata Amer yang bercakap mengenai insiden itu.

Sekeping gambar dan video Amer bersama kru pesawat kini tular di media sosial.

Source: