Pelancong Teruja Pergi Kedai Nasi Ulam, Sampai Rambang Mata Nak Cuba Semua Jenis Sambal & Lauk [Video]

LocalFood
29 May 2025 • 5:31 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Mana-mana sahaja pelancong yang berkunjung ke Malaysia pasti akan sentiasa memuji makanannya.

Malah ada yang mengatakan selain pemandangan dan masyarakat yang harmoni, makanan juga membuatkan mereka jatuh cinta dengan negara Malaysia. Sememangnya syurga makanan!

Bukan hanya itu, ada yang sanggup menaiki pesawat berjam-jam selepas mengidamkan makanan di sini.

Pelancong teruja cuba makanan Melayu ketika berada di Kuala Lumpur

Baru-baru ini, seorang pelancong wanita yang dikenali sebagai Rodica tidak ketinggalan untuk mencuba makanan Melayu apabila berkunjung ke sebuah restoran Nasi Ulam Ikan Sumbat di Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Rodica di TikTok, dia begitu teruja sebaik memasuki kedai makan itu dan melihat pelbagai jenis hidangan disediakan.

Rambang mata sehingga tidak tahu lauk mana yang perlu diambil terlebih dahulu

Kedai makan yang mengamalkan konsep layan diri, membuatkan Rodica rambang mata serta tidak tahu makanan mana satu yang perlu dicubanya dahulu.

Tidak lama selepas itu, Rodica kemudian bermula dengan mengambil nasi sebelum memilih lauk-pauk yang diinginkan.

Oleh kerana tidak tahu apa yang wajib di cuba, wanita ini dilihat mengambil pelbagai jenis lauk seperti ayam, daging ikan dan sayur-sayuran. Malah kelihatan pinggannya juga penuh dengan hidangan yang diinginkan.

Namun wanita itu tidak berhenti di situ, dia sebaliknya kembali ke bahagian lauk-pauk untuk mengambil makanan lain.

“Okay, saya akan mengambil nasi biasa, kerana yang tadi saya ambil nasi lemak. Di mana saya rasa ia adalah campuran nasi bersama sayuran. Saya fikir untuk mengambil nasi biasa satu.

“Oh my god guys, saya jumpa 13 jenis sambal, awak lihat ini ada berapa banyak sambal yang ada di sini,” katanya dengan penuh teruja sebaik melihat pilihan sambal yang ada.

Siap ambil sambal, dan sayur-sayuran lain

Tidak menunggu lama, Rodica kemudiannya mengambil sambal matah, sambal kicap dan lain-lain.

Malah dia mengatakan pasti ada mana-mana individu yang merasakan dia tidak akan tahan untuk makan sambal berkenaan.

Namun Rodica mengatakan dia mampu dan turut mengambil sayur-sayuran lain seperti kerabu dan sebagainya.

Bukan hanya itu, dia turut melihat jenis lauk yang diambil oleh masyarakat tempatan di situ kerana merasakan pasti ia sedap.

Selain itu, wanita tersebut turut memesan air ‘coconut shake’ dan juga teh tarik.

Sebaik merasa air dan makanan di kedai itu, ternyata dia amat menyukainya. Malah setiap satu suapan itu dimakan dengan penuh kenikmatan.

“Setiap makanan yang saya rasa di Malaysia adalah begitu menakjubkan.”

Terangkan cara peniaga kira makanan di Malaysia

Rodica turut menerangkan kepada kawan lelakinya bagaimana cara peniaga kedai makan di Malaysia akan datang untuk mengira makanan diambil.

Malah dia juga mengatakan sekiranya peniaga tidak datang untuk mengira, pelanggan akan mengambil gambar untuk ditunjukan pada kaunter ketika ingin membuat pembayaran.

Rodica juga sempat membeli pencuci mulut di kedai berkenaan sebelum pulang dengan membungkus makanan dengan pelbagai jenis sambal.

Sebelum ini Rodica turut meminta rakyat Malaysia di TikTok untuk memberikannya cadangan di manakah dia boleh mendapat sambal yang sedap.

Rodica juga mengatakan dia ingin menikmati sambal tersebut dengan makanan yang simple di rumah.

Ramai suka lihat gelagat wanita teruja cuba makanan Melayu

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat wanita itu begitu menikmati setiap makanan di Malaysia.

Malah ada yang turut memintanya untuk berkongsi berapakah jumlah bil untuk lauk yang diambilnya.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan wanita itu berkunjung ke tempat yang betul untuk menikmati makanan asli Melayu.

“Dari awal tengok video ni, eh lapar pula aku. Dah lah hujan-hujan ni”

image is not available

“Girl, gembira awak menikmati makanan tetapi tolong beritahu saya di mana ini di Kuala Lumpur”

image is not available

“Pandai dia cari tempat makan yang memang ada makanan asli Malaysia. Ni baru betul”

image is not available