
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kerjaya sebagai seorang guru merupakan satu pekerjaan yang amat mulia. Bagaimanapun, proses mendidik anak murid hingga berjaya bukanlah satu perkara mudah.
Golongan ini perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan terutamanya dengan pelajar yang agak nakal. Seperti sebelum ini, seorang guru pening kepala apabila kebanyakan anak muridnya membiarkan kertas peperiksaan kosong tanpa sebarang jawapan.
Jelas pengajar dikenali sebagai Cikgu Acap itu, dia sudah pun mengingatkan para pelajar agar tidak membiarkan kertas lompong, namun masih ramai yang melakukan perkara tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Pesan Jangan Biar Kosong” – Cikgu Pening Tanda Kertas Peperiksaan Pelajar, Banyak Lompong & Jawapan Salah
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bukan Penjajah Sir” – Guru Terkilan, Pelajar Persoal Kenapa Ajar Matematik Guna Bahasa Inggeris
Murid Tak Berminat Untuk Belajar, Datang Sekolah Demi Girlfriend
Terbaharu, tular satu hantaran di laman X (Twitter) menyaksikan seorang pelajar sekolah sedang berbalas mulut dengan guru wanita di dalam bilik darjah.
Difahamkan, murid lelaki tersebut tidak menjaga perlakuannya dengan cikgu yang sedang mengajar.
“Saya datang sekolah untuk jumpa saya punya girlfriend (teman wanita),” kata murid berkenaan kepada si guru sambil menyilangkan sebelah kakinya.

Murid Mengaku Kepada Guru Tidak Mahu Belajar
Pelajar itu dalam masa sama juga mengaku bahawa dia tidak memasang niat untuk belajar setiap kali hadir ke sekolah sebaliknya hanya mahu berjumpa dengan kekasih hati. Melihat video berkenaan, murid itu seolah-olah tidak berasa gentar dengan cikgu yang sedang menegurnya.
Kelihatan juga pelajar terbabit mendongak kepalanya beberapa kali sambil menyandarkan badan pada kerusi apabila cikgu terbabit bercakap dengannya.
Malah dia juga membenarkan si guru untuk menghantar video dirinya mengaku tentang perkara tersebut kepada pihak pengurusan sekolah.
“Datang sekolah sebab nak jumpa girlfriend je, bukan untuk belajar. Parah dah kau ni dik. Tak pasti sekolah mana tapi kalau mak ayah kau tengok video ni dik, tak tahu la apa jadi ni,” kata pemilik akaun X.
Tonton video penuh [DI SINI].
Baca Artikel Berkaitan: 72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing
Baca Artikel Berkaitan: Hampir 50% Pelajar Lepasan SPM 2021 Tidak Minat Sambung Belajar
Ramai Khuatir Dengan Masa Depan Murid Yang Tak Mahu Belajar
Menjengah ke ruangan balas, rata- rata orang ramai meluahkan rasa kecewa dengan sikap murid terbabit. Segelintir berharap agar ibu bapa lebih memberi perhatian kepada murid terbabit.
“Masih ada harapan hati budak tu untuk lembut. Mak bapak dia perlu bagi perhatian. Budak macam ni kena ajar lembut-lembut,” kata seorang individu.
Malah ramai juga berasa risau dengan sikap murid itu pada masa hadapan jika ia tidak dibendung daripada sekarang.
“Komuniti akan hancur bila gagal didik kepentingan pelajaran. Gaya tubuh dia secara terang-terangan menunjukkan dia berpotensi jadi sampah masyarakat,” ujar seorang warganet.
Sementara itu, ada netizen yang berkata pekerjaan sebagai seorang guru bukanlah mudah dan golongan ini perlu melalui pelbagai perkara dalam mendidik anak murid.
“Baru tengok satu video macam ni dah terkejut kan. Lepas tu tak habis-habis nak cakap cikgu kerja separuh hari je apa yang penat sangat. Penat benda macam ni la sakit jiwa dengan perangai anak hampa,” kata seorang wanita.





Murid Sebak Terlepas Duduki Ujian Kemasukan MRSM Kerana Keluarga Tiada Kereta
Memang tidak dapat dinafikan masih ada sesetengah pelajar yang tercicir dari segi pembelajaran atas faktor-faktor tertentu seperti tidak berminat untuk belajar, kerap ponteng kelas, masalah keluarga dan sebagainya.
Sikap pelajar yang berani melawan kata guru pula mungkin berpunca daripada pengaruh rakan sebaya.
Pun begitu, masih ramai pelajar yang menunjukkan kesungguhan mereka untuk menimba ilmu. Seperti sebelum ini, seorang murid perempuan dikenali sebagai Nur Nasuha mendapat perhatian ramai selepas dia menangis kerana terlepas peluang menduduki ujian kelayakan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Pelajar berumur 12 tahun itu tidak dapat menjalani ujian tersebut disebabkan oleh keluarga yang tidak mempunyai kereta untuk ke sana.
Cakna dengan cabaran dan kesusahan dilalui oleh Nasuha, Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah berhubung dengan keluarga Nasuha dan membantunya untuk menduduki ujian UKKM yang seterusnya di MRSM, Kuala Krai di Kelantan.
Baca Artikel Berkaitan: “Ilmu Saja Boleh Ubah Hidup Kita” – Asyraf Wajdi Bantu Pelajar Tular Tak Dapat Hadiri Ujian Kelayakan MRSM
Baca Artikel Berkaitan: 8,076 Calon SPM 2024 Tak Hadir Peperiksaan Bertulis, Masalah Keluarga Antara Punca Utama
Baca Artikel Berkaitan: Guru Luah Rasa Terkilan Dengan Sikap Segelintir Pelajar Kurang Usaha. Siap Tiru Jawapan!
Source:



![Pelancong Teruja Pergi Kedai Nasi Ulam, Sampai Rambang Mata Nak Cuba Semua Jenis Sambal & Lauk [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

![“Ni Intern”- Ramai Terhibur Lihat AJK Masjid Kg Nakhoda Buat Recording Dengan Inteam [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)