Kubur lama lebih 100 tahun dipindah untuk bina jalan

20 Aug 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kubur lama lebih 100 tahun dipindah untuk bina jalan

REMBAU – Sebanyak 15 kubur lama yang dipercayai berusia lebih 100 tahun dipindahkan dari kawasan perkuburan lama di Kariah Masjid Kampung Batu, di sini, bagi memberi laluan kepada pembinaan jalan baharu kariah berkenaan.

Pengerusi Masjid Kariah Kampung Batu, Nor Azuri Talib, 67, berkata, pemindahan itu dilakukan selepas pihak kontraktor mendapati terdapat kubur lama dalam kawasan rizab jalan ketika mahu memulakan kerja pada hujung tahun lalu.

“Bila hendak buat jalan dalam kawasan kariah, pihak kontraktor dapati ada kubur lama berada dalam rizab jalan menyebabkan kontraktor terpaksa memberhentikan kerja buat sementara waktu.

“Selepas berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Pejabat Daerah, polis dan pejabat agama, kita bersetuju untuk pindahkan kubur-kubur berkenaan ke tanah perkuburan baharu, kelmarin,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kampung Batu, di sini, hari ini.

Menurut Nor Azuri, antara 15 kubur yang dikenal pasti itu terdapat batu nisan berukir yang dipercayai mencatatkan tahun sekitar 1920, sekali gus menunjukkan terdapat kubur yang sudah berusia kira-kira 106 tahun.

“Batu nisan itu tidak begitu jelas, tetapi kita dapat kesan angka sekitar 1920. Jadi, ada kemungkinan kubur itu sudah berusia lebih 100 tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kubur lama lebih 100 tahun dipindah untuk bina jalan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved