Tanah runtuh punca Jalan Batu Arang-Ijok ditutup

7 Nov 2026 • 11:12 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tanah runtuh punca Jalan Batu Arang-Ijok ditutup

PETALING JAYA: Kejadian tanah runtuh di Batu 32, Jalan Batu Arang-Ijok berhampiran Fruit Valley, Rawang, menyebabkan laluan berkenaan ditutup sepenuhnya kepada kenderaan dari kedua-dua arah.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin ketika mengesahkan perkara itu berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11 malam Khamis lalu.

Katanya, pemeriksaan awal polis bersama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dari Batu Arang mendapati runtuhan berlaku akibat kegagalan cerun atas dan bawah sehingga menjejaskan sebahagian struktur jalan.

“Pihak bomba memaklumkan satu laluan dari arah Ijok ke Rawang tidak selamat untuk dilalui dan penutupan jalan dilaksanakan bagi kedua-dua arah.

“Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini. Punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor memaklumkan Jalan Rawang-Kuala Selangor di Seksyen 9.90, Gombak, ditutup sepenuhnya selepas runtuhan tanah dan pokok tumbang menghalang laluan kenderaan.

JKR Selangor memaklumkan kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang meningkatkan ketepuan tanah dan tekanan air pada kawasan cerun sehingga menyebabkan pergerakan tanah.

Bagaimanapun, penilaian teknikal lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

JKR turut mengaktifkan pelan pengurusan trafik termasuk memasang papan tanda penutupan jalan dan lencongan, selain menjalankan kerja pembersihan serta pemantauan kestabilan cerun.

Pembinaan jalan lencongan untuk kenderaan ringan juga dirancang, tertakluk kepada penilaian teknikal dan keselamatan kawasan terjejas.-UTUSAN

The post Tanah runtuh punca Jalan Batu Arang-Ijok ditutup appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved