Kumamoto Masters: Aaron-Roy King benam wakil tuan rumah

10 Nov 2026 • 3:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kumamoto Masters: Aaron-Roy King benam wakil tuan rumah

KUALA LUMPUR – Beregu lelaki negara, Aaron Tai-Yap Roy King terus mempamerkan rentak konsisten selepas melangkah ke pusingan kedua pada Kejohanan Badminton Kumamoto Masters.

Pada aksi pusingan pertama di Gimnasium Kumamoto, Jepun sebentar tadi, juara Terbuka Arctic itu tidak berdepan masalah menewaskan beregu tuan rumah, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi 21-8, 21-14.

Turun berdepan lawan yang menghuni ranking No.17 dunia, Aaron-Roy King langsung tidak menunjukkan gentar meskipun mereka turun sebagai beregu No.55 dunia.

Pasangan negara mendominasi sepenuhnya perlawanan tersebut, terutama di set pertama apabila jauh meninggalkan Kumagai-Nishi sebelum mencatat kemenangan mudah 21-8.

Bersambung set kedua, Aaron-Roy King pada awalnya mendapat tentangan sengit apabila terikat 9-9 sebelum kembali mengorak langkah mengutip mata demi mata dan memastikan kemenangan muktamad 21-14.

Walaupun baru menyertai lima kejohanan sejak digandingkan, namun Aaron-Roy King sudah mencatat keputusan memberangsangkan termasuk memenangi Terbuka Arctic bulan lalu.

Turut melangkah ke pusingan kedua adalah beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang mencatat kemenangan 21-15, 21-16 ke atas pasangan Denmark Christian Faust Kjaer-Rasmus Kjaer.

Bagaimanapun, satu lagi beregu profesional, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong kurang bernasib baik apabila tersingkir selepas tewas 16-21, 21-16, 20-22 kepada Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard juga dari Denmark. – KOSMO! ONLINE

The post Kumamoto Masters: Aaron-Roy King benam wakil tuan rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved