Kuota khas, latihan enam bulan untuk lepasan Kor Suksis

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 4:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kuota khas, latihan enam bulan untuk lepasan Kor Suksis

SHAH ALAM – Lepasan Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi (Kor Suksis) dicadang diberikan kuota khas pengambilan Kadet Inspektor Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain tempoh latihan mereka dikaji untuk dipendekkan daripada sembilan kepada enam bulan.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, cadangan itu akan dibincangkan dengan Jabatan Pengurusan PDRM bagi memberi kelebihan kepada lepasan Kor Suksis yang sudah mempunyai asas kepolisan.

Menurut beliau, peserta Kor Suksis telah menjalani latihan selama tiga tahun yang merangkumi kawat, budaya kepolisan dan asas undang-undang.

“Sekarang latihan Kadet Inspektor selama sembilan bulan. Jadi, mungkin latihan pegawai lepasan Suksis boleh dikaji kepada enam bulan kerana mereka sudah mempunyai asas terutama kawad dan undang-undang.

“Untuk belajar asas mengambil masa dua hingga tiga bulan, sedangkan pegawai Suksis ini sudah ada asas tersebut,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan penyampaian sijil pelantikan kepada 549 Inspektor Kor Sukarelawan Polis Siswa (Suksis) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM di sini.

Noor Hisam berkata, cadangan kuota khas itu boleh memberi peluang lebih cerah kepada lepasan Kor Suksis untuk menyertai PDRM memandangkan permohonan pengambilan pasukan itu ketika ini tinggi. – KOSMO! ONLINE

The post Kuota khas, latihan enam bulan untuk lepasan Kor Suksis appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved