Apa khabar Threads? Adakah anda masih menggunakannya setiap hari sebagai alternatif kepada X? Menurut laporan Reuters, Mark Zuckerberg mengaku baharu Thread kini mempunyai kurang separuh pengguna aktif daripada 100 juta akaun yang didaftarkan dalam minggu pertama sejak dilancarkan.

Pengakuan dilakukan ketika sesi town hall yang dilakukan oleh beliau bersama kakitangan Meta pada penghujung minggu lalu. Momentum Threads terhenti sedikit kerana tidak mempunyai ciri asas seperti susur masa mengikut kronologi, carian tagar dan menghantar mesej peribadi. Masih terlalu awal untuk mengatakan sama ada Threads akan dapat memberikan persaingan kepada X ataupun tidak.
Dengan X kini menghadapi cabaran aliran tunai negatif serta gagal mendapatkan pendapatan pengiklanan yang tinggi, ia juga masih belum lagi selamat daripada cabaran platform lain seperti TikTok yang juga kini menyokong perkongsian teks.
- Sumber
- Reuters
