Kutipan hasil Selangor cecah RM2.96 bilion, atasi sasaran 2026

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 4:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kutipan hasil Selangor cecah RM2.96 bilion, atasi sasaran 2026

SHAH ALAM, 13 NOV: Kutipan hasil negeri mencecah RM2.956 bilion setakat 11 November lalu, mengatasi sasaran ditetapkan bagi keseluruhan tahun ini, kata Dato' Menteri Besar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu merangkumi hasil bukan cukai sebanyak RM1.91 bilion, hasil cukai RM767.30 juta dan terimaan bukan hasil RM277.34 juta.

Menurutnya, kedudukan kewangan negeri juga mengukuh dengan rizab Kumpulan Wang Disatukan meningkat kepada RM5.12 bilion setakat 11 November, berbanding RM4.74 bilion pada 31 Disember 2025.

“Sehingga 11 November 2026, kedudukan kewangan negeri terus meningkat sebanyak RM384.84 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Amirudin menjelaskan rizab semasa negeri terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM1.71 bilion dan Akaun Amanah Disatukan sebanyak RM3.41 bilion.

Sementara itu, perbelanjaan mengurus negeri merekodkan RM1.41 bilion atau 75.99 peratus daripada peruntukan, manakala perbelanjaan pembangunan berjumlah RM1.12 bilion atau 81.82 peratus.

“Dengan sentiasa mengamalkan pendekatan perbelanjaan yang berhemah, prestasi kewangan Kerajaan Negeri sehingga 11 November 2026 mencatatkan lebihan kewangan sebanyak RM422.40 juta,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved