La Liga: Barcelona buat kejutan pilih Jesus

FootballSports
3 Sep 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: La Liga: Barcelona buat kejutan pilih Jesus

BARCELONA – Bintang baharu Barcelona, Gabriel Jesus mengakui sanggup menerima potongan gaji bagi membolehkannya menyertai gergasi Sepanyol berkenaan.

Mengambil kira kontraknya bersama Arsenal berbaki setahun lagi, Jesus sememangnya dijangka meninggalkan Emirates memandangkan dia juga jarang memainkan peranan besar bersama pasukan itu.

Nilai perpindahan £8.6 juta (RM46.9 juta) adalah sesuatu yang mengejutkan apabila dianggap terlalu rendah, namun Jesus menjelaskan dia terpaksa membuat keputusan itu bagi membolehkannya berhijrah ke La Liga.

Selain kemahuannya untuk bermain di Sepanyol, persetujuan ini juga didorong langkah Barcelona yang kini fokus untuk mematuhi peraturan kewangan La Liga dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

“Saya menerima pemotongan gaji yang agak besar, namun bagi saya semua ini (perpindahan ke Barcelona) adalah sesuatu yang diimpikan. Bukan hanya saya, Barcelona juga berusaha untuk memastikan perpindahan ini berlaku,” katanya.

Dalam masa sama, Jesus turut memahami sebab utama yang penghijrahannya ke Barcelona di awal musim panas kali ini tidak realistik dan menyifatkan ia adalah satu kejutan dalam kariernya.

“Jika kamu tanya saya sebulan yang lalu, ia tidak mungkin berlaku. Saya sudah berusia 29 tahun dan selepas apa yang berlaku sejak dua tahun lalu, pastinya saya bersyukur kerana dapat bermain untuk Barcelona,” katanya. – AGENSI

The post La Liga: Barcelona buat kejutan pilih Jesus appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved