Ladang cili TDM Agrobiz pertama di Malaysia terima pensijilan MeSTI daripada KKM

LocalBusiness & Finance
17 Nov 2026 • 8:59 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Ladang cili TDM Agrobiz pertama di Malaysia terima pensijilan MeSTI daripada KKM Image from: Ladang cili TDM Agrobiz pertama di Malaysia terima pensijilan MeSTI daripada KKM johardy17/11/2026 - 08:59 Oleh Muhammad Iman editor@dagangnews.com

KUALA TERENGGANU 17 Nov - Ladang cili TDM Agrobiz Sdn. Bhd. di Terengganu menjadi yang pertama di Malaysia menerima pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), menurut TDM Berhad.

 

Pencapaian anak syarikat agromakanan TDM itu memperkukuh standard pengurusan keselamatan makanannya, dengan tumpuan terhadap kebersihan, pengendalian dan kawalan keselamatan makanan.

 

MeSTI ialah skim jaminan keselamatan makanan kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TDM, Najman Kamaruddin berkata, pensijilan itu menjadi asas penting untuk membina keyakinan pengguna dan memperkukuh kredibiliti produk TDM Agrobiz.

 

“Kami melihat pensijilan ini bukan sekadar memenuhi keperluan pematuhan industri tetapi sebagai asas penting dalam membina keyakinan pengguna serta memperkukuh kredibiliti produk yang ditawarkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


 

solar

 


TDM sokong pengembangan perniagaan agromakanan

Najman berkata, TDM akan terus menyokong usaha TDM Agrobiz meningkatkan kecekapan operasi dan meneroka peluang pertumbuhan mampan sebagai sebahagian daripada pengembangan portfolio perniagaan kumpulan.

 

Sijil itu diserahkan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Zaini Abdul Rahman pada majlis di Wisma TDM.

 

Ia diterima oleh Ahli Lembaga Pengarah TDM Agrobiz, Wan Aimi Yusri Wan Ismail bersama Pengurus Besarnya, Ts. Zharudin Narudin.

 

Sementara itu, Zaini berkata, pensijilan MeSTI membantu pengusaha industri makanan, khususnya PKS, membangunkan dan melaksanakan sistem pengurusan keselamatan makanan yang lebih teratur.

 

“Pematuhan terhadap aspek kebersihan, pengendalian dan kawalan keselamatan makanan bukan sahaja memenuhi keperluan perundangan malah memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan pengguna,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved