Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Kes Dadah, Kali Ini Di Singapura

6 Aug 2026 • 4:57 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Cubaan seorang lelaki warga Malaysia membawa masuk dadah ke Singapura terbongkar selepas kenderaannya diperiksa di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada 1 Ogos selepas pegawai menemukan sebuah kotak mencurigakan di dalam but kereta yang dipandunya.

Pegawai Singapura temui banyak dadah terkawal

Image from: Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Kes Dadah, Kali Ini Di Singapura
Kredit Foto: Janaan AI

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura, kotak tersebut mengandungi dua blok bahan yang dipercayai dadah terkawal.

Penemuan itu kemudian membawa kepada pemeriksaan lanjut oleh pegawai Biro Narkotik Pusat terhadap suspek dan kenderaan terbabit.

Pegawai Biro Narkotik Pusat (CNB) telah dimaklumkan dengan serta-merta mengenai penemuan itu dan menjalankan pemeriksaan lanjut ke atas lelaki berkenaan serta kenderaan terlibat, yang membawa kepada penemuan lebih banyak dadah terkawal di dalam but kereta.- Menurut kenyataan itu.

Nilai lebih S$361,000 atau RM1,151,590

Image from: Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Kes Dadah, Kali Ini Di Singapura

Hasil pemeriksaan menyeluruh menemukan kira-kira 8,646 gram ganja dan 1,569 gram syabu. Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai lebih S$361,000 dan berpotensi menampung ketagihan sekitar 2,132 penagih selama seminggu.

Di bawah Seksyen 7 Akta Penyalahgunaan Dadah 1973, individu yang mengimport atau mengeksport lebih 250 gram methamphetamin atau lebih 500 gram ganja ke atau dari Singapura boleh dikenakan hukuman mati.

The post Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Kes Dadah, Kali Ini Di Singapura appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved