“Lagu tu mengenai saya” – Ning Baizura Cerita Di Sebalik Lagu ‘Awan Yang Terpilu’

Entertainment
14 Jul 2025 • 1:26 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Umum mengetahui lagu nyanyian artis terkenal Malaysia, Ning Baizura yang berjudul, Awan Yang Terpilu.

Lagu yang dilancarkan pada tahun 2004 itu memenangi banyak anugerah termasuklah lagu terbaik bagi Anugerah Industri Muzik ke-12 (2005).

Pun begitu, baru-baru ini Ning Baizura dalam satu rancangan audio siar mendedahkan cerita di sebalik lagu hit itu.

Menurutnya, lagu itu ditulis oleh Allahyarham Rosli Khamis yang lebih dikenali sebagai Loloq, Ning Baizura berkongsi Loloq hanya memerlukan 4 minit untuk menulis lirik lagu tersebut dan tiada sebarang perubahan dilakukan.

@musicbliss_malaysia

Biar betul Allahyarham Loloq tulis lagu “Awan Terpilu” dalam masa 4 minit? Ning Baizura kongsikan kisah di sebalik proses penulisan lagu ikonik ini. Saksikan episod penuh di YouTube Channel Music Bliss! Link di Bio #musicbliss #themusicshopthatexcites #musicnotespodcast #podcast #muzikmalaysia #ningbaizura

♬ original sound – Music Bliss Music Store MY – Music Bliss Music Store MY

Ning Baizura berkongsi lagu itu mengisahkan cerita peribadinya sendiri, di mana bapanya tidak pernah menonton persembahannya sehingga akhir hayatnya.

“Bila saya tengok video klip lagu itu, orang yang buat storyline macam tahu tahu je cerita aku. Satu scene dalam tu saya sujud kat kaki dia (ayah) saya nak keluar dari rumah.

Saya sujud kat kaki dia nak keluar rumah, dia tak restu,” kongsi Ning.

Sebagai info bapa kepada Ning Baizura meninggal pada tahun 2017, akibat sakit tua.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.