Mesti ramai yang tengah geram jugak kan tonton drama “Good Partner”?
Dalam siaran 6 September “Good Partner”, Kwak Si-yang telah muncul membuat penampilan istimewa dengan wataknya sebagai Chun Hwan-seo, iaitu seorang suami yang kaki pukul dan juga pelanggan di syarikat guaman Cha Eun-kyung dan Han Yu-ri.
Disebakan wataknya yang teruk menerima kecaman dari penonton, pelakon itu telah membuat permohonan maaf di Instagram dengan menulis,
Ya, betul, saya minta maaf. Chun Hwan-seo seorang yang jahat. Sila lihat ia hanya sebagai lakonan sahaja. ‘Good Partner’ fighting! Saya melakukannya kerana disuruh.

Selain itu menurut pasukan produksi drama,
Penampilan istimewa Kwak Si-yang akan menambahkan lagi kedalaman plot. Sila nantikan perubahan yang akan dihadapi Cha Eun-kyung dan Han Yu-ri akibat kes Chun Hwan-seo.
Memang boleh naik darah tengok drama ni.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post “Lakonan Je..” – Watak Dalam ‘Good Partner’ Teruk Dihentam, Kwak Siyang Mohon Maaf Pada Penonton first appeared on KimchiDaily.my.

