“Nasib Hidup Saya Gembira..” – Jang Nara Akui Turut Geram Tonton ‘Good Partner’

EntertainmentMovie
4 Sep 2024 • 4:08 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Mesti ramai kan yang tengah layan drama “Good Partner” sekarang?

Terbaru, Jang Na-ra dan penulis “Good Partner” akan muncul sebagai tetamu dalam program “You Quiz on the Block” bagi menceritakan sedikit sebanyak tentang drama itu.

Dalam video pra-rilis yang dikeluarkan, Jang Na-ra ada meluahkan pendapatnya memainkan watak sebagai isteri yang dicurangi. Luahnya jujur,

Semasa penggambaran ‘Good Partner’, saya terus fikir kepada lelaki itu ‘Kenapa nak kahwin? Kalau ia akan menjadi seperti ini, kita tak sepatutnya berkahwin sama sekali.’

image is not available

Sambung wanita itu lagi,

Bukan saya sahaja, pelakon lain juga seperti ‘Adakah awak gila? Awak waras tak?’ kepada watak lelaki itu. Mujurlah saya hidup dengan sangat gembira dalam kehidupan sebenar. Skrip yang ditulis itu memang terasa begitu nyata.

Sementara itu, episod penuh “You Quiz on the Block” menampilkan Choi Yoo-na dan Jang Na-ra akan dikeluarkan pada 4 September malam ini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi