Laman Rasmi Threads Kini Aktif – Memperlihatkan Kiraan Detik Pelancaran

TechnologyDigital
4 Jul 2023 • 11:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pihak Meta telah pun menerbitkan aplikasi Threads pada pagi ini, sekaligus memperlihatkan akan dilancarkan pada minggu ini. Selain itu, kini laman rasmi Threads juga aktif memperlihatkan kiraan detik pelancaran.

image is not available

Pada laman Threads, ia menggunakan slogan “What Will You Say” atau “Apa Anda Akan Kata”. Sebuah halaman khusus turut disediakan untuk pengguna memuat-turun aplikasi Threads.

Threads dijangka menawarkan ciri penggunaan seumpama Twitter, sekaligus dijangka menarik ramai ke platform berkenaan memandangkan pelbagai masalah dan had yang dikenakan oleh Elon Musk pada Twitter. Meta meletakkan Threads dibawah Instagram, sekaligus membolehkan pengguna mendaftar masuk dan mencipta akaun berasaskan kepada akaun Instagram mereka.

Sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Meta melalui Threads dalam tempoh sekitar dua hari lebih lagi.