Langgar Lampu Merah Rekod Kesalahan Tertinggi Di Johor

LocalCars
16 May 2025 • 10:45 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pengguna jalan raya sering kali diingatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Namun sejak belakangan ini, ada sahaja kemalangan yang berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab pengguna itu sendiri baik pemandu kenderaan itu sendiri atau penunggang motosikal.

Antara punca kemalangan jalan raya yang paling ketara adalah disebabkan kesalahan melanggar lampu merah.

Lebih teruk, perbuatan sebegitu sebenarnya boleh menyebabkan nyawa pengguna jalan raya lain terkorban.

1,448 Saman Telah Dikeluarkan Dalam Op Utama Selama 3 Hari

Terbaharu, sebanyak 1,448 saman atas pelbagai kesalahan telah dikeluarkan oleh Polis Johor dalam Op Utama yang berlangsung selama tiga hari bermula dari Isnin (12 Mei) lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) memfokuskan kepada penguatkuasaan bagi kesalahan antaranya seperti:

  • Tidak mematuhi lampu isyarat
  • Memotong barisan termasuk garisan berkembar
  • Memandu sambil menggunakan alat komunikasi
  • Melebihi had kelajuan.

Langgar Lampu Isyarat Merah Jadi Kesalahan Paling Tinggi Direkodkan Diikuti Kesalahan Memandu Had Laju

Jelas M Kumar, daripada 1,448 saman yang dikeluarkan, kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah menjadi kesalahan yang merekodkan saman paling tinggi iaitu 547 saman.

Ia kemudiannya diikuti dengan kesalahan memandu melebihi had laju dengan 475 saman.

“Selain itu, sebanyak 60 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong di garisan berkembar, 55 saman menggunakan alat komunikasi semasa memandu dan 48 saman kerana memotong barisan,” katanya.

Tambahnya lagi, 263 saman juga telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya termasuklah:

  • Nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi
  • Aksesori tidak sempurna
  • Ubah suai ekzos
  • Tiada lesen atau lesen tamat tempoh
  • Tidak memakai tali pinggang keledar
  • Tiada perlindungan insuran

Operasi Bertujuan Untuk Mendidik

Pada masa yang sama, M Kumar menjelaskan operasi berkenaan dijalankan bagi mendidik pengguna jalan raya untuk mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas sekaligus dapat mengurangkan kemalangan.

Jelasnya, punca utama kemalangan jalan raya adalah disebabkan sikap cuai pengguna yang memandu melebihi had laju.

Ia berdasarkan kajian yang dibuat oleh mereka sejak Januari hingga April lalu.

Oleh kerana itu, pihaknya akan terus konsisten dalam penguatkuasaan undang-undang dan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan.

SIARAN MEDIA YDH CP DATUK M KUMAR A/L S MUTHUVELU, KETUA POLIS JOHOR BERKAITAN “PENGUATKUASAAN OP…

Posted by Polis Johor on Thursday 15 May 2025

Individu Boleh Didenda Sehingga RM2,000 & Penjara Tidak Lebih 6 Bulan Jika Langgar Lampu Isyarat

Tahukah anda, seorang pengguna jalan raya boleh didenda malah dipenjara jika gagal mematuhi lampu isyarat?

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, berdasarkan Kaedah 17, Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (LN 167/1959) Tidak Mematuhi Lampu Isyarat Merah, individu yang tidak mematuhi lampu isyarat boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih dari enam bulan.

OP PEMATUHAN PERATURAN LALU LINTAS Hari ini JSPT ingin berkongsi infografik kesalahan yang ketiga dalam OP Pematuhan…

Posted by Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM on Wednesday 2 August 2023

Source: