Langgar polisi syarikat, Nando’s hentikan Alice Chang serta-merta!

LocalEntertainment
17 Oct 2024 • 11:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kembali hangat menjadi bualan, pihak restoran Nando’s hentikan Alice Chang serta-merta selepas didapati melanggar polisi syarikat yang telah ditetapkan.

Menerusi kenyataan rasmi Nando’s di Facebook, pihak restoran berkenaan memaklumkan wanita yang telah mencetuskan kontroversi sebelum ini, Alice Chang tidak lagi bekerja bersama mereka.

Nando’s hentikan Alice Chang

Jelas Nando’s, wanita berkenaan telah dihentikan atas beberapa faktor seperti melanggar polisi yang ditetapkan oleh syarikat.

“Kami dapati Cik Chang (Alice Chang) gagal mengemukakan pengalaman kerja sebelum ini semasa proses pengambilan pekerja.
“Walaupun begitu, dia telah melaporkan diri pada awal pagi hari ini dan kemudiannya terus memuat naik beberapa foto kawasan sulit restoran ke dalam media sosial yang jelas melanggar polisi syarikat kami,”menurut kenyataan.

image is not available

Ambil serius, nyahkuman bahagian restoran

Nando’s memberitahu, pihaknya juga melakukan proses pembasmian kuman bagi memastikan keselamatan pelanggannya terus terjaga.

image is not available

Sebelum ni, Alice telah dipecat dari syarikat Auntie Anne’s disebabkan tular gambar mencium doh sewaktu bekerja yang berkait dengan tahap kebersihan, selain melanggar protokol keselamatan makanan.

Dia kemudiannya dilihat bekerja di sebuah restoran makanan segera di SS2 Petaling Jaya.

Sumber: X update11111, FB Nando’s