Langgar syarat lesen, bot nelayan ditahan

28 Sep 2026 • 7:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Langgar syarat lesen, bot nelayan ditahan

GEORGE TOWN, 28 SEPT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah vesel nelayan tempatan Kelas C yang disyaki menangkap ikan kurang 15 batu nautika dari pantai, semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata penahanan itu dilakukan berhampiran Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Batu Maung, dekat sini.

"Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan tiga kru termasuk seorang tekong yang kesemuanya warga tempatan berusia 42 hingga 65 tahun," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan lanjut mendapati vesel itu disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 iaitu melanggar syarat sah lesen dengan beroperasi bagi tujuan menangkap ikan kurang daripada 15 batu nautika dari pantai.

Muhammad Suffi memaklumkan ketiga-tiga lelaki itu ditahan dan vesel diiringi ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Batu Uban sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata APMM terus mempergiatkan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan aktiviti perikanan dilaksanakan mengikut peraturan ditetapkan bagi memelihara keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved