Langkah Ramssol ceburi platform PayDayNow tidak beri kesan pendapatan segera - Apex Securities

LocalBusiness & Finance
29 Jul 2026 • 10:50 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Langkah Ramssol ceburi platform PayDayNow tidak beri kesan pendapatan segera - Apex Securities Image from: Langkah Ramssol ceburi platform PayDayNow tidak beri kesan pendapatan segera - Apex Securities amree29/07/2026 - 10:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 29 JulaiRamssol Group Berhad memperkukuhkan strategi pertumbuhan perniagaan teknologi kewangan menerusi kerjasama dengan CTOS Data Systems Sdn Bhd, menurut Apex Securities.

 

Bagaimanapun ujarnya, manfaat kewangan dijangka hanya dapat direalisasikan dalam tempoh sederhana berikutan perjanjian itu masih di peringkat awal dan belum memberi kesan segera kepada pendapatan.

 

Tambahnya, memorandum perjanjian (MOA) itu dilihat sebagai langkah strategik mampu memperluaskan capaian platform PayDayNow Earned Wage Access (EWA) kepada lebih ramai majikan di Malaysia.

 

"Sehubungan itu, Apex Securities mengekalkan saranan 'beli' terhadap saham Ramssol dengan harga sasaran (TP) RM1.30 sesaham, tanpa diubah unjuran keuntungan bersih teras hingga FY28," katanya.

 

Penilaian tersebut jelasnya, memandangkan kerjasama itu belum memberikan sebarang impak material dalam masa terdekat di bawah tempoh perjanjian selama dua tahun yang sudah bermula 28 Julai 2026.

 

Anak syarikat milik penuh tidak langsung kumpulan itu, RAMS Fintech hanya bertanggungjawab mengurus proses penyertaan majikan, operasi platform serta pembayaran komisen kepada CTOS Data Systems.

 

Ramssol_DagangNews2026

 

Apex Securities namun menilai kerjasama berkenaan membuka saluran pengedaran kedua bagi PayDayNow selepas kerjasama sedia ada dengan AmBank, sekali gus memperluaskan lagi akses pelanggan Ramssol.

 

"Ini termasuk kepada rangkaian bank, syarikat dan majikan yang dibangunkan pihak CTOS menerusi perniagaan pelaporan kreditnya, selain kerjasama jangka panjang dalam perkongsian data," katanya.

 

Menurut firma itu, langkah tersebut turut mengukuhkan peralihan model perniagaan ke arah pendapatan berulang berasaskan komisen, selari strategi pengembangan segmen PeopleTech, AITech dan AutoTech.

 

Walaupun prospek jangka panjang kekal positif, Apex Securities mengingatkan bahawa risiko utama Ramssol ketika ini ialah pelaksanaan perjanjian memandangkan MOA masih bersifat rangka kerja awal.

 

Perkembangan itu memerlukan perjanjian komersial muktamad sebelum sebarang manfaat kewangan dapat direalisasikan, dan terdedah kepada sebarang kegagalan mana-mana pihak mematuhi terma ditetapkan.

 

"Kami menjangka pertumbuhan terus diperkukuh melalui peningkatan penyertaan pelanggan menerusi saluran AmBank dan CTOS, serta momentum berterusan dalam perniagaan lain," katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved