Laporan awal kes KP AKPS diserah kepada AGC hari ini

LocalPolitics
6 Oct 2026 • 2:17 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Laporan awal kes KP AKPS diserah kepada AGC hari ini

SHAH ALAM, 6 OKT: Laporan awal siasatan berhubung dakwaan kekasaran membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain terhadap seorang penjawat awam akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata AGC akan menilai sama ada kertas siasatan berkenaan sudah lengkap atau memerlukan tindakan lanjut.

“(Jika tidak) besar kemungkinan Peguam Negara akan mengarahkan langkah diambil lagi bagi memastikan kertas itu betul-betul meyakinkan atau mempunyai asas kes yang cukup,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berhubung kebocoran dan penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) insiden berkenaan.

Saifuddin berkata aspek kebocoran rakaman CCTV turut menjadi antara fokus siasatan bagi kes itu.

“Ketika predikat dan hala tuju siasatan diletakkan sebagai landasan, elemen kebocoran dan punca sebaran video itu juga adalah dalam senarai semak, selain rakaman percakapan dan bukti lain. Itu dalam tindakan pihak polis,” katanya.

Terdahulu, Mohd Shuhaily dilaporkan menyerahkan kepada kerajaan berhubung sebarang tindakan yang mungkin dikenakan susulan video tular memaparkan dirinya memarahi seorang individu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Beliau berkata perkara itu sudah dimaklumkan kepada peringkat tertinggi kerajaan serta Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Mohd Shuhaily turut menyatakan kesediaan untuk menerima sebarang keputusan berhubung isu berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved