Laut ‘minta’ nyawa selang tiga hari

3 Sep 2026 • 9:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Laut ‘minta’ nyawa selang tiga hari

KOTA TINGGI – Sesi cuti sekolah yang sepatutnya dipenuhi ­dengan kegembiraan menjadi ­igauan ngeri buat beberapa buah keluarga yang kehilangan insan tersayang dalam dua tragedi lemas yang berlaku di daerah ini hanya dalam tempoh tiga hari.

Kejadian yang berlaku di dua lokasi tumpuan pelancong berhampiran Desaru dan Pengerang itu melibatkan pengorbanan ­seorang bapa dan kehilangan nyawa beberapa remaja yang sedang menikmati cuti persekolahan.

Tragedi pertama berlaku di Pantai Kampung Punggai, Pengerang pada petang 30 Ogos lalu apabila seorang bapa, Mohammad Nizam Zainal, 33, dan anak sulungnya, Muhammad Zamri Mikhail, 8, disahkan maut akibat lemas di pesisir pantai berhampiran Aliyya Beachfront Campsite.

Dalam kejadian pukul 6 petang itu, dua beranak berkenaan ­dihanyutkan oleh ombak besar secara tiba-tiba ketika sedang mandi bersama.

Detik menyayat hati berlaku ketika penemuan jasad mereka apabila pihak penyelamat mendapati tangan si bapa masih memegang erat kaki anaknya dalam usaha terakhirnya untuk menyelamatkan zuriatnya itu.

Sementara itu, kejadian kedua pula berlaku di pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada pagi semalam melibatkan seramai empat remaja.

Detik memilukan itu berlaku ketika sekumpulan 16 remaja ­berusia­ 16 tahun datang ke lokasi berkenaan untuk mengadakan aktiviti perkhemahan sendiri sempena cuti sekolah.

Bagaimanapun, enam daripada mereka dikesan lemas semasa mandi di laut, namun dua daripada berjaya diselamatkan oleh penduduk.

Setakat petang semalam, ­seorang mangsa berjaya ditemui dan disahkan meninggal dunia, manakala operasi mencari baki tiga lagi mangsa lain masih diteruskan.

The post Laut ‘minta’ nyawa selang tiga hari appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved