Lebih 100,000 anggota, ribuan aset bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut

LocalEnvironment
30 Oct 2026 • 1:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Lebih 100,000 anggota, ribuan aset bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut

PUCHONG: Seramai 101,901 anggota daripada pelbagai agensi tindak balas bersama ribuan aset penyelamat disiap siagakan di seluruh negara bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.

Ketua Penolong Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Mej. Wazirudin bin Mahfot @ Mahbott berkata, kesiapsiagaan itu melibatkan penyelarasan antara agensi bagi memastikan operasi menyelamat, pemindahan mangsa dan pengurusan bencana dapat dilaksanakan dengan cekap sekiranya berlaku banjir atau bencana lain.

katanya, penyelarasan antara agensi bagi operasi sewaktu MTL, merangkumi 47,100 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), 21,477 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 15,145 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), 12,927 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 5,252 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara aset yang disediakan termasuk 2,024 kenderaan pacuan empat roda, 1,177 kenderaan pelbagai jenis, 174 ambulans, 2,425 bot, 28 pesawat udara, 27 dron dan 35,301 jaket keselamatan,” katanya ketika menyampaikan taklimat pada Sesi Libat Urus NADMA Bersama Media: Kesiapsiagaan Kerajaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2026/2027 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), di sini hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan MTL bermula pada 27 Oktober lalu dan dijangka berterusan sehingga Mac tahun depan.

Dalam pada itu, Wazirudin berkata, agensi teknikal termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut menyediakan aset sokongan termasuk 17 jentera berat, 575 pam bergerak dan 30 penjana elektrik.

Katanya, peruntukan sebanyak RM7 juta turut disalurkan bagi tujuan pengoperasian bencana, masing-masing RM3.6 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan RM3.4 juta kepada agensi tindak balas.

Mengulas mengenai kawasan berisiko banjir, beliau berkata, sebanyak 3,045 lokasi panas dikenal pasti di seluruh negara dengan Kelantan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 609 lokasi, diikuti Pahang (572), Terengganu (460) dan Sabah (348).

“Jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding 3,682 lokasi pada tahun lalu, 4,619 lokasi pada 2024 dan 5,648 lokasi pada 2023,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 8,321 pusat pemindahan sementara (PPS) disediakan di seluruh negara dengan kapasiti menempatkan sehingga 1,907,145 mangsa bencana.

Bagi bekalan makanan, sebanyak 60,000 kit makanan dan 170,000 pek makanan retort turut diperuntukkan, dengan 29,900 kit makanan serta 94,510 pek makanan retort disediakan untuk pengagihan fasa pertama. – UTUSAN

The post Lebih 100,000 anggota, ribuan aset bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved