Lebih 80 vendor bakal tawar pelbagai produk meriahkan AMFF 2026

17 Aug 2026 • 6:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih 80 vendor bakal tawar pelbagai produk  meriahkan AMFF 2026

PETALING JAYA – Lebih 80 vendor daripada pelbagai segmen perniagaan seperti seni, kecantikan, gaya hidup, kecergasan, gastronomi, seni dan budaya bakal memeriahkan acara Anjung Malaysiaku Foodie Fiesta (AMFF) 2026 di Taman Tasik Titiwangsa yang berlangsung bersempena sambutan Hari Malaysia 2026.

Ini adalah penganjuran AMFF kali kedua tetapi dilaksanakan pada skala yang lebih besar yang melibatkan penganjurnya,  Raydiates Blue Sdn Bhd (Raydiates) bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Program ini dianjurkan bersempena Festival Budaya Malaysia 2026.

Penganjur merangkap Pengarah Urusan Raydiates, Rayme Zainal berkata,  AMFF adalah usaha syarikat untuk menjadikan ia sebagai platform yang akan menghubungkan makanan dengan budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia.

Image from: Lebih 80 vendor bakal tawar pelbagai produk  meriahkan AMFF 2026

“AMFF mengekalkan makanan sebagai teras utama, namun diperluaskan kepada pengalaman gaya hidup moden yang lebih interaktif, budaya tidak lagi hanya dipamerkan, tetapi dihidupkan melalui makanan, muzik, gaya, aktiviti keluarga dan komuniti.

“Tahun ini kami mahu membawa pengalaman yang lebih jauh di mana makanan, seni, muzik, gaya hidup dan komuniti menjadi satu identiti bersama. Itulah semangat ‘Kita Malaysia’ yang mahu kami bawakan sempena Festival Budaya Malaysia dan Hari Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

Sepanjang festival, pengunjung boleh menikmati Foodie Fiesta, demonstrasi masakan, persembahan tradisional dan kontemporari, aktiviti keluarga, program kecergasan, aktivasi jenama dan gaya hidup.

Selepas Titiwangsa, perjalanan AMFF 2026 akan diteruskan ke MAEPS, Serdang dari 9 hingga 11 Oktober 2026. -KOSMO! ONLINE

The post Lebih 80 vendor bakal tawar pelbagai produk meriahkan AMFF 2026 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved