Lebih 900 sekolah di Selangor ditutup mulai esok akibat jerebu

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 10:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Sekolah Selangor ditutup

SHAH ALAM: Sekolah-sekolah di negeri ini ditutup sepenuhnya mulai esok susulan keadaan jerebu yang menunjukkan bacaan tidak sihat sejak beberapa hari lalu.

Penutupan tersebut melibatkan keseluruhan lebih 900 buah sekolah menengah dan kebangsaan di semua daerah sehingga dimaklumkan semula oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Pengarah Pendidikan Selangor, Datin Wan Nor Ashikin Abu Kassim berkata, susulan penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR) hendaklah dilaksanakan sepanjang tempoh tersebut bagi memastikan kelangsungan persekolahan murid.

“Guru-guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) melaksanakan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.

“Ibu bapa atau penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada JPNS dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau menambah, ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang andaian berkaitan dengan pembukaan sekolah dan merujuk kepada makluman rasmi di JPNS atau Kementerian Pendidikan.

“Semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dimohon memastikan makluman ini disampaikan kepada semua sekolah, institusi pendidikan, guru, AKP, ibu bapa atau penjaga dan murid di daerah masing-masing.

“Pihak sekolah hendaklah terus membuat pemantauan keadaan semasa dan mengutamakan keselamatan, kesihatan serta kebajikan murid dan warga pendidikan,” ujarnya. – UTUSAN

The post Lebih 900 sekolah di Selangor ditutup mulai esok akibat jerebu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved