Lebih dari 67,000 permohonan kolej vokasional bukti kebolehpasaran TVET – Wong

14 Aug 2026 • 5:17 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lebih dari 67,000 permohonan kolej vokasional bukti kebolehpasaran TVET – Wong

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh sahkan permohonan KV dijangka lebih 68,000, bukti TVET semakin diminati generasi muda Malaysia.

TAIPING: Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) Kementerian Pendidikan (KPM) terus meningkat tahun ini apabila menerima 67,045 permohonan setakat ini, berbanding kapasiti 19,567 tempat.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata jumlah itu menunjukkan minat tinggi generasi muda terhadap pendidikan berasaskan kemahiran, selari dengan peningkatan kebolehpasaran lepasan KV yang hampir 100%.

“Tarikh tutup permohonan adalah pada tengah malam ini dan kita menjangkakan permohonan akan melebihi 68,000 orang.

Peningkatan ini membuktikan hasil usaha Kerajaan MADANI dan KPM dalam memperkukuh bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Wong berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Toyo Tyre Malaysia Sdn Bhd dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini hari ini.

Beliau berkata kebolehpasaran lepasan KV pada 2023 mencapai 99.95% dan antara 98 hingga 99% direkodkan secara berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

KPM, menurut beliau mengadakan kolaborasi erat dengan pihak industri bagi memastikan lepasan KV mempunyai kemahiran bersesuaian dan kemampuan untuk menembusi bidang pekerjaan serta memenuhi keperluan pasaran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved