Lebih dua tahun hilang, Siti Fariesa belum ditemui

13 Oct 2026 • 11:45 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lebih dua tahun hilang, Siti Fariesa belum ditemui

REMBAU – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita yang hilang sejak lebih  lalu selepas keluar dari rumahnya di Kampung Tanjung Sena, di sini, pada Jun 2024.

Wanita itu, Siti Fariesa Nadzira Abdullah, yang ketika kejadian berusia 21 tahun, masih gagal dikesan sehingga kini selepas kehilangannya disedari ahli keluarga pada pukul 2.39 pagi pada 8 Jun 2024.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, berdasarkan laporan diterima, pengadu mendapati anak perempuannya tiada di kediaman mereka di Kampung Tanjung Sendua tahuna.

“Pemeriksaan mendapati pintu kecil pagar rumah berada dalam keadaan terbuka dan wanita terbabit dipercayai keluar melalui laluan berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Menurutnya, kali terakhir Siti Fariesa Nadzira dilihat kira-kira pukul 11 malam pada 7 Jun 2024 dengan memakai baju tidur berwarna oren bercorak kartun dan wanita itu turut membawa bersama dokumen penting dan sebuah komputer riba ketika meninggalkan rumah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mazlina Dagang di talian 019-6077957 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau (IPD) di 06-6851999 serta Balai Polis Rembau di 06-6851222 bagi membantu mengesan wanita terbabit. – KOSMO! ONLINE

 

The post Lebih dua tahun hilang, Siti Fariesa belum ditemui appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved