Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui di Malaysia terdapat beberapa barangan yang disubsidikan khas untuk rakyat di negara ini sahaja contohnya minyak masak peket, petrol RON95, gula dan sebagainya.
Malah barangan ini tidak boleh dijual mahupun dibeli oleh individu yang bukan warga tempatan dan ia adalah kesalahan undang-undang.
Tular hantaran lelaki dakwa jumpa minyak masak peket dijual di Thailand
Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang mendakwa menjumpai minyak paket bersubsidi dan gula ada dijual sewaktu berjalan-jalan di pasar Narathiwat, Thailand.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Hafeezboh di Threads, awalnya kelihatan dia lalu di kedai yang berada di kaki lima.
Dia kemudian berhenti dan menunjukkan beberapa minyak peket dipercayai dari Malaysia ada dijual di sebuah kedai.
Turut kelihatan pada paket minyak masak itu tertera tulisan ‘Minyak Masak Sawit’ dan juga logo MeSTI.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Pakai Minyak Peket Bersubsidi Malaysia, Influencer Thailand Mohon Maaf & Tampil Beri Penjelasan [Video]
Turut jumpa di kedai lain jual minyak masak peket
Dalam satu lagi video, Hafeezboh turut menunjukkan satu lagi kedai yang turut menjual minyak peket yang juga dipercayai daripada Malaysia.
Bukan hanya itu, Hafeezboh turut mendakwa ada menjumpai gula dari Malaysia yang dijual di negara jiran itu.
“Masa kami jalan-jalan di pasar Narathiwat, kami terjumpa minyak masak peket buatan Malaysia, yang ni memang kita eksport secara rasmi atau hasil penyeludupan?” soalnya.
View on Threads
Ramai berang lihat banyak minyak peket yang disubsidi untuk rakyat di jual di Thailand
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berang apabila melihat minyak peket subsidi ada dijual di negara tersebut.
Malah ada yang mendakwa terdapat individu tidak bertanggungjawab yang menyeludup barangan terbabit ke sana.
Tidak kurang ada yang meminta agar perkara itu dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut.
Bahkan ada juga pengguna yang berkongsi foto memaparkan minyak masak peket dipercayai dari Malaysia ketika berkungjung ke daerah di Thailand itu.
Tidak kurang ada yang meminta pihak berkuasa untuk menahan individu yang disifatkan menjadi pengkhianat kepada negara.
Sebagai info, kerajaan telah melarang penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada warga asing bermula 1 Mac yang lalu. Mengikut Akta Kawalan Bekalan Makanan 1961 minyak masak 1 kilogram (kg) disenaraikan sebarang barang kawalan bersubsidi di Malaysia.
Berikut adalah komen netizen:
“Barang seludup lah, mana maunya eksport”
![Image from: Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/minyak-paket-di-thailand-1.jpg)
“Sakit hati. Minyak masak yang macam ni minyak bersubsidi. Hak rakyat Malaysia. Ini bermaksud penyeludup adalah pencuri hak rakyat”
![Image from: Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/minyak-paket-di-thailand-2.jpg)
“Mak saya nak beli minyak paket, kerja habis je. Rupanya dah masuk Thailand”
![Image from: Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/minyak-paket-di-thailand-3.jpg)
“Keluarga saya baru balik dari Narathiwat. Memang penjualan berleluasa ya. Merata kedai ada”
![Image from: Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/minyak-paket-di-thailand-4.jpg)
“Wah macam tu sahaja mereka jual. Dekat sini kemain sorok-sorok. Kena minta kaunter lah. tiga paket sahaja lah, susah betul nak dapat minyak paket dekat shah alam ni”
![Image from: Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/minyak-paket-di-thailand-5.jpg)
“Barang kawalan dah diseludup keluar. Barang yang sepatutnya untuk rakyat sendiri, boleh pula dibawa keluar untuk keuntungan sendiri. Pengkhianat negara betul”
![Image from: Lelaki Dakwa Jumpa Minyak Paket Subsidi Ketika Melancong Di Thailand [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/10/minyak-paket-di-thailand-6.jpg)





![[VIDEO] Minyak masak peket, gula Malaysia dijual dekat Narathiwat](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-01-at-9.21.11-PM-1024x512.jpeg)
