
PASIR MAS – Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri tabung derma di tiga buah masjid dengan anggaran kerugian sebanyak RM3,000 di daerah ini baru-baru ini.
Suspek yang berusia 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas kira-kira pukul 7.30 malam kelmarin ketika berada di depan sebuah kedai makan di Kampung Dangar di sini.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, hasil pemeriksaan, polis merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Avantis, topi keledar, kunci motosikal, sehelai baju, sehelai seluar, wang tunai RM40, spanar besi dan tiga tabung wang daripada suspek.
Katanya, semakan mendapati, lelaki itu mempunyai tiga rekod berkaitan dadah dan dua rekod jenayah.
“Suspek juga positif dadah jenis methamphetamine selepas ujian awal saringan air kencing dijalankan terhadapnya.
“Tangkapan lelaki itu berjaya menyelesaikan tiga kes curi tabung masjid yang berlaku di daerah ini dengan anggaran kerugian melibatkan RM3,000,” katanya.
Mohd. Yusoff memberitahu, suspek direman empat hari bermula semalam hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki dicekup curi tabung derma tiga masjid appeared first on Kosmo Digital.


![[KEMASKINI] Tutup Linkedua: Dua lelaki kena reman 4 hari, seorang lagi sehari](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/tutup-jalan-lumba-haram-1024x822.jpeg)


