Lelaki didakwa ‘sentuh’ gadis, rayu jaminan kerana hidap angin pasang

6 Aug 2026 • 2:20 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki didakwa ‘sentuh’ gadis, rayu jaminan kerana hidap angin pasang

MELAKA – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Asroy Razali, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan itu dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Jalan Parameswara, Kampung Bandar Hilir, dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira pukul 8 pagi pada 1 Ogos lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (AKSTK 2017), yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan, mencadangkan jaminan sebanyak RM18,000, selain syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi pendakwaan serta melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan sehingga kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan perlu menjaga ibu bapanya, selain dia baru menjalani pembedahan jantung dan menghidap penyakit hernia atau angin pasang.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, mahkamah memutuskan untuk tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan tarikh 8 September depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki didakwa ‘sentuh’ gadis, rayu jaminan kerana hidap angin pasang appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved