Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Perak cuba selamatkan bot hanyut

11 Sep 2026 • 8:34 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Perak cuba selamatkan bot hanyut

Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Perak untuk mendapatkan semula botnya yang hanyut dari sangkar ikan.

IPOH: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun ke Sungai Perak untuk mendapatkan semula botnya yang hanyut dari sangkar ikan di Batu 18, Kampung Kuchai, dekat Bota Kiri, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Iskandar, BBP Parit dan BBP Kampung Gajah digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata jentera tiba di lokasi pada 5.25 petang, dan pasukan dimaklumkan lelaki berusia 38 tahun itu terjun ke sungai bagi mendapatkan semula botnya yang hanyut dari sangkar ikan miliknya di tepi Sungai Perak.

“Anak saudara mangsa cuba menghulurkan bantuan, namun tidak berjaya menyelamatkannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata pasukan bomba bersama orang awam menjalankan pencarian pada 5 petang dan 9.45 malam, namun mangsa masih belum ditemukan.

“Operasi pencarian disambung pada 8 pagi ini dengan bantuan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Teluk Intan dan empat anggota PPDA dari BBP Pulau Pangkor. Pasukan Khas K9 turut akan membantu pencarian mangsa,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved