Lelaki dipenjara guna Surat Kuasa Wakil palsu

LocalPolitics
6 Aug 2026 • 4:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Lelaki dipenjara guna Surat Kuasa Wakil palsu

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 60 tahun dihukum penjara enam tahun selepas didapati bersalah menggunakan dokumen Surat Kuasa Wakil (Power of Attorney) palsu bagi memindahkan sebidang tanah yang bukan miliknya, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Monica Linsua menjatuhkan hukuman terhadap Lim Chen Lian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes terhadapnya melampaui keraguan munasabah.

Lim didapati bersalah menggunakan dokumen palsu bertarikh 25 Februari 2022 di sebuah firma guaman di Sinsuran, Kota Kinabalu.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah Seksyen 467 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Dalam rayuan meringankan hukuman Lim yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan dengan alasan beliau mempunyai keluarga yang perlu dijaga.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fardiansyah Abdul Kadir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan kerana kes tersebut melalui perbicaraan penuh dan melibatkan kesalahan serius.

Fazriel berkata Lim dengan sengaja menggunakan dokumen palsu sebagai dokumen tulen, menunjukkan wujud perancangan serta keputusan sedar untuk memperdayakan pihak lain sekali gus menggambarkan tahap kesalahan yang tinggi.

Beliau turut memaklumkan bahawa kes pemalsuan dokumen dan penggunaan dokumen palsu semakin berleluasa.

“Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman yang memberi mesej jelas bahawa individu yang sengaja menggunakan dokumen palsu akan berdepan akibat serius,” katanya.

Seramai enam saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh sabitan dan permohonan Lim untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tidak dibenarkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved