Lelaki direman bantu siasat kes simbah cecair busuk dalam masjid

17 Oct 2026 • 3:03 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki direman bantu siasat kes simbah cecair busuk dalam masjid

PASIR MAS – Seorang lelaki direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan khianat dengan menyimbah cecair berbau busuk di ruang solat Masjid Al-Aziz, Kota SPP Warisan dekat Tumpat pada 5 Oktober lalu.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga Selasa depan terhadap lelaki berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie ketika dihubungi berkata, lelaki tersebut ditahan di Kota Bharu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 295 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, polis sedang memburu seorang lelaki yang disyaki melakukan perbuatan khianat di Masjid Al-Aziz, Kota SPP Warisan dengan menyimbah cecair berbau busuk di ruang solat masjid tersebut.

Kejadian itu dikesan selepas polis menerima maklumat awam kira-pukul pukul 6.35 pagi pada 5 Oktober lalu.

Mohd. Khairi berkata, pemeriksaan awal mendapati pintu kaca masjid dipecahkan sebelum cecair berkenaan dituang di ruang solat.

“Semakan menerusi rakaman kamera litar tertutup turut mendapati seorang lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan jumlah kerosakan atau kerugian yang dialami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki direman bantu siasat kes simbah cecair busuk dalam masjid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved