Lelaki Direman Rosakkan Cermin Sisi MPV

LocalPolitics
11 Mar 2026 • 4:20 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis menahan seorang lelaki yang didakwa merosakkan cermin sisi sebuah MPV di Cheras, susulan video tular di media sosial, lapor Buletin TV3.

image is not available

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, susulan laporan polis yang diterima pada 12.28 tengah malam tadi, pasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras berjaya menahan lelaki berusia lewat 30-an itu di sekitar kawasan Cheras.

“Suspek dibawa ke mahkamah hari ini dan dibenarkan reman tiga hari sehingga Jumaat ini.
“Motif kejadian berlaku adalah disebabkan suspek marah apabila pemilik kenderaan Alza menghalang laluan keluar parkir,” katanya.

image is not available

Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaa serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Muktimedia 1998.

Terdahulu, video tersebut memaparkan seorang lelaki bertindak merosakkan dan menendang cermin sisi bahagian kiri sebuah MPV sebelum beredar dari lokasi.

image is not available

Sumber: Buletin TV3 (Muhaamad Hafis Nawawi)

The post Lelaki Direman Rosakkan Cermin Sisi MPV appeared first on Borak Daily.