Lelaki ditahan cabul anak tiri, rogol anak kandung

30 Jul 2026 • 10:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Lelaki ditahan cabul anak tiri, rogol anak kandung
Mangsa tampil membuat laporan polis selepas dicabul kerana berasa terancam dan bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya pulang ke kampung halaman. Foto hiasan

BEAUFORT - Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan selepas disyaki merogol anak kandung dan mencabul anak tirinya dalam kejadian di daerah ini.

Lelaki berusia 30-an itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat kedua-dua mangsa baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Superintenden Champin Piuh berkata, bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort telah menahan suspek yang juga warga asing bagi membantu siasatan berhubung dua kes berasingan melibatkan kesalahan cabul dan sumbang mahram.

"Siasatan bermula selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa pertama, iaitu anak tiri suspek yang juga seorang penuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Mangsa tampil membuat laporan polis selepas dicabul kerana berasa terancam dan bimbang akan keselamatan dirinya sekiranya pulang ke kampung halaman," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Katanya lagi, hasil siasatan awal yang dijalankan membawa kepada pembongkaran satu lagi jenayah yang lebih berat.

"Suspek didapati turut disyaki merogol anak kandungnya sendiri secara berterusan sejak mangsa berusia tujuh tahun.

"Rentetan daripada pembongkaran tersebut, anak kandung suspek yang kini masih bersekolah dan di bawah umur turut tampil membuat laporan polis secara rasmi," katanya.

Champin berkata, pihaknya kini telah membuka dua kertas siasatan berasingan di bawah peruntukan undang-undang Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

"Suspek ditahan reman selama tujuh hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved