Warga asing ditahan disyaki rogol remaja bawah umur

30 Jul 2026 • 10:57 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Warga asing ditahan disyaki rogol remaja bawah umur

SHAH ALAM, 30 JULAI: Lelaki warga asing ditahan selepas disyaki merogol remaja perempuan bawah umur yang sebelum itu dilaporkan hilang dari rumah sebelum ditemui semula di Bandar Fajar, Tawau kelmarin.

Suspek berusia lingkungan 18 tahun itu diberkas dalam operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid di Batu 2, Jalan Apas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintendan Wilynton Enchana Watt berkata siasatan dijalankan selepas bapa mangsa membuat laporan polis memaklumkan anak perempuannya yang tidak pulang ke rumah ditemui di kawasan Fajar berhampiran pusat bandar.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa mengaku tinggal bersama suspek di sebuah bilik sewa di Jalan Haji Karim, Bandar Fajar dan mangsa mendakwa berlaku persetubuhan antara dirinya dengan suspek.

"Susulan maklumat itu, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Tawau melancarkan operasi bagi mengesan suspek sebelum berjaya menahannya di Batu 2, Jalan Apas," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Wilynton berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek merupakan warga asing yang berada di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan sah.

Beliau berkata, semakan juga mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.

Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved