Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu kandung

12 Sep 2026 • 8:58 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki ditahan disyaki bunuh ibu kandung

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Erwansyah Abdul Basir berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan wanita berusia 56 tahun itu kira-kira 2 petang, sebelum bertindak menjejak suspek.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan selepas disyaki membunuh ibunya di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, Tambunan semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau Supt Erwansyah Abdul Basir berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian membabitkan wanita berusia 56 tahun itu kira-kira 2 petang, sebelum bertindak menjejak suspek.

Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dipercayai disebabkan senjata tajam.

“Suspek berjaya dikesan dan ditahan oleh penduduk kampung di sebuah sulap (pondok tradisional) di Kampung Sukung, Tambunan sebelum dibawa ke Balai Polis Tambunan menggunakan kenderaan mereka.

“Setibanya di pekarangan Balai Polis Tambunan, tangkapan rasmi telah dibuat oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambunan ialah sebuah daerah pedalaman Sabah terletak 72 kilometer Timur dari Kota Kinabalu.

Erwansyah berkata pasukan penyiasat dan forensik telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian serta merampas beberapa barang kes yang dipercayai berkaitan dengan insiden berkenaan.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat manakala kes sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kes ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved