
Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes perbuatan khianat terhadap sebuah kenderaan di kaunter bayaran Tol Kajang-LEKAS.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Bin Abdul Yusof, kejadian tersebut tular di media sosial menerusi sebuah video berdurasi 1 minit 26 saat yang dipercayai berlaku pada 26 April 2026 kira-kira jam 4.00 petang.
Dalam kejadian itu, seorang pemandu e-hailing warga tempatan berusia 65 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga dilaporkan menjadi mangsa. Akibat insiden berkenaan, kenderaan tersebut mengalami kerosakan pada bahagian hadapan sebelah kiri.
Baca juga:
GSF 2.0: Tiga delegasi Malaysia kembali ke tanah air selepas kapal rosak
Kanak-kanak 10 tahun dikhuatiri lemas, jatuh longkang ketika hujan lebat
Pemandu van sekolah lawan arus ditahan, kenderaan disita
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Dalam pada itu Naazron menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa mengamalkan sikap bertimbang rasa, mematuhi undang-undang serta peraturan lalu lintas, dan memandu secara berhemah demi keselamatan bersama.
Ini rupanye video asal dia..🤯🤯
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 27, 2026
Motor tu bawak di lane kanan dengan tenang2 dalam speed 90kmh ada saga tukar lane dia tak puas hati..
Lalu dia kejar2 sampai kat toll dia sepak site miror saga tu… pic.twitter.com/FGCgImL7s9
Bagaimanapun, satu lagi video tular dipercayai dimuat naik oleh penunggang motosikal memaparkan kejadian yang didakwa berpunca apabila pemandu kenderaan berkenaan secara tiba-tiba membelok ke kiri. Penunggang motosikal kemudiannya bertindak membunyikan hon beberapa kali sebelum mengejar kereta tersebut.
The post Lelaki ditahan lakukan perbuatan khianat di Tol Kajang LEKAS appeared first on The Reporter.






![Penunggang Motosikal Tular Tendang Proton Saga Di Plaza Tol Ditahan Polis [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/penunggang-motosikal-tendang-kereta.jpg?t=1777342338)