Tular Video Penunggang Motor Tendang ‘Side Mirror’ Di Tol, Polis Dah Tangkap Suspek

LocalPolitics
28 Apr 2026 • 11:52 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan penunggang motosikal menendang side mirror Proton Saga di plaza tol.

Kejadian dilaporkan berlaku di Tol Kajang LEKAS pada 26 April 2026 sekitar jam 4 petang.

Suspek ditangkap sekitar Kajang

Susulan kejadian, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa yang merupakan seorang pemandu e-hailing berusia 65 tahun.

polis
Kredit: Facebook Polis Daerah Kajang

Pihak Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang kemudian telah membuat tangkapan ke atas seorang lelaki tempatan.

Suspek yang merupakan pekerja swasta berusia 24 tahun itu ditahan di sekitar Kajang bagi membantu siasatan.

polis kajang
Kredit: Facebook Polis Daerah Kajang

Disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan

View on Threads

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat. Jika sabit kesalahan, suspek boleh berdepan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Tular video penuh?

View on Threads

Tidak lama selepas kejadian, tular pula video penuh memaparkan kejadian sebenar di mana kereta didakwa menukar laluan secara mengejut.

Netizen memberi pelbagai reaksi berharap isu dapat diselesaikan cara baik.

Pssttt! Bila emosi tak dikawal di jalan raya, macam-macam boleh jadi. Kes ini jelas menunjukkan tindakan luar kawalan boleh membawa padah bukan saja kepada orang lain, tapi diri sendiri juga. Harap semua pemandu lebih sabar dan ingat, jalan raya bukan tempat lepaskan marah.

Kredit: Facebook Polis Daerah Kajang | Thread
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Tular Video Penunggang Motor Tendang ‘Side Mirror’ Di Tol, Polis Dah Tangkap Suspek appeared first on Oh! Media.