Lelaki ditahan miliki 2,000 pil yaba benilai RM30,000

29 Sep 2026 • 10:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lelaki ditahan miliki 2,000 pil yaba benilai RM30,000

GUA MUSANG, 29 SEPT: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas kira-kira 2,000 pil yaba bernilai RM30,000 dalam pemeriksaan di Kilometer 18, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata suspek berusia 49 tahun itu ditahan anggota Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang kira-kira 6 petang.

Beliau berkata sebelum itu, suspek yang memandu kereta Toyota Vios, bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan polis.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan menemukan pil disyaki yaba, dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metamfetamina,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Sik berkata polis turut merampas kereta suspek serta dua telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved