
Lelaki Hilang 26 Tahun, Rupanya Diculik & Ditahan Di Rumah Jiran
Seorang lelaki Algeria yang hilang selama 26 tahun ditemui ditahan di rumah jirannya yang terletak hanya beberapa minit dari rumahnya, lapor AFP.
Lelaki berkenaan, Omar B dilapor hilang ketika dia berusia 19 tahun semasa Algeria dilanda perang saudara pada 1998. Selama tempoh tersebut, keluarganya menganggap Omar telah diculik atau pun mungkin sudah terbunuh.
Bagaimanapun, Omar yang kini berusia 45 tahun baru-baru ini telah ditemui ditahan di bawah longgokan jerami di sebuah lokasi yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya.
Penemuan tersebut berjaya dibuat selepas abang kepada si penculik bertindak mendedahkan perkara tersebut di media sosial.
Menurut AFP, lelaki itu bertindak membocorkan rahsia berkenaan kerana rasa tidak puas hati yang didorong oleh isu pertikaian harta pusaka keluarga.
Hilang selama 26 tahun, lelaki rupanya ditahan & diculik jiran
Kementerian Kehakiman Algeria dalam satu kenyataan berkata, pelaku yang menahan Omar selama ini adalah seorang pengawal keselamatan yang kini berusia 61 tahun.
Lelaki tersebut yang bekerja di bandar El Guedid sudah pun ditahan ketika cuba melarikan diri daripada lokasi Omar ditemui.
Teen kidnapped 26 years ago rescued from neighbor’s cellar just 100 meters from home(Omar Bin Omran) 1305024
A teenager who went missing in 1998 was found alive over the weekend in the cellar of his alleged kidnapper’s home just 300 feet from his family’s residence in Algeria. pic.twitter.com/q4NMv6OuJa— john l (@Maeestro) May 16, 2024
“Siasatan sedang dijalankan,” ujar menteri berkenaan seperti yang dilaporkan dalam AFP.
Dalam pada itu, Omar mendakwa pelaku telah mengenakan sihir padanya sehingga dia tidak dapat meminta bantuan selama ini, lapor media tempatan.
Omar ketika ini sedang menerima rawatan perubatan dan diberikan bantuan psikologi selepas menjadi mangsa jenayah yang disifatkan sebagai keji itu.
Sumber: AFP, New York Post
The post Lelaki Hilang 26 Tahun, Rupanya Diculik & Ditahan Di Rumah Jiran appeared first on Siakap Keli.

