Lelaki Kantoi Rakam Bawah Skirt Wanita, Merayu Minta Lepas Bila Kena Cekup

23 Jun 2025 • 11:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia lelaki Rakam

Tular di media sosial rakaman video menunjukkan seorang lelaki muda merayu minta dilepaskan apabila dicekup melakukan perkara tidak senonoh.

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki tersebut dipercayai merakam bawah skirt wanita menyebabkan suami mangsa berang.

Nasib baik suami perasan

@shuqi97

Cuma nak bawa baby naik MRT je… Tapi dia pula ambil gambar bawah skirt saya Memang kena hati-hati betul sekarang ni. #tamanpertama #kl #mrt

♬ original sound – 90’s co – 90’s co

Suami mangsa segera merampas telefon, mencekup leher dan membawanya berjumpa petugas MRT. Setelah diperiksa, lelaki tersebut memberi alasan tidak sengaja dan hanya merakam sekitar stesen tersebut.

“Uncle please”

image is not available

Dalam video yang tular, kedengaran lelaki muda itu merayu-rayu sambil berkata, “Uncle please I’m begging,” selepas ditangkap melakukan perbuatan menjijikkan itu.

Suami mangsa bagaimanapun bertegas mahu melaporkan lelaki itu kepada polis.

Pssttt! Sikap jijik segelintir individu seperti ini jelas menunjukkan masih ramai yang tidak hormat wanita di tempat awam. Tindakan pantas si suami patut dijadikan contoh.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.