Lelaki mati dibunuh dalam rumah kebun

23 Nov 2026 • 11:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki mati dibunuh dalam rumah kebun

LUMUT – Seorang lelaki maut dipercayai dibunuh dalam kejadian di sebuah rumah di kawasan kebun dekat Kampung Raja Hitam, Ayer Tawar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan lelaki warga Myanmar yang tidak sedarkan diri di rumah berkenaan pada pukul 8.27 pagi.

Katanya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan sebelum menjumpai mangsa dalam keadaan tidak bernyawa.

“Bertindak atas maklumat, dua lelaki warganegara sama ditahan pada pukul 11 pagi hingga 8 malam. Kedua-dua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung untuk siasatan lanjut,” katanya hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat bagi menentukan punca kematian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki mati dibunuh dalam rumah kebun appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved