Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri

2 Oct 2026 • 10:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri

KAJANG – Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari sebuah blok pangsapuri di Taman Bukit Segar, Batu 9 Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa pada pukul 3.46 petang.

“Sepasukan pegawai polis bersama pasukan forensik telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan pada tubuh mangsa tidak menemukan sebarang kecederaan yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah.

“Siasatan lanjut mendapati mangsa dipercayai tinggal di salah satu unit di tingkat tujuh blok berkenaan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya.

Tambah Nasrul, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Norfaizal Zakaria di talian 016-290 2901 bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved