Pemandu maut, kereta langgar lori diletakkan tepi jalan

13 Nov 2026 • 4:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pemandu maut, kereta langgar lori diletakkan tepi jalan

TAPAH – Seorang pemuda berusia 30 tahun maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar sebuah lori di Kilometer (KM) 55, Jalan Ipoh – Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati, nahas pada pukul 1.40 pagi itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Temoh menghala ke Tapah.

“Setibanya di lokasi kejadian,kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan melanggar lori yang diletakkan di bahu jalan tidak berturap.

“Drebar lori iaitu lelaki tempatan berusia 39 tahun tidak berada di lokasi kejadian kerana kenderaan berat tersebut diparkir berhampiran tempat kerja,” katanya di sini hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan awam bertugas. – KOSMO! ONLINE

The post Pemandu maut, kereta langgar lori diletakkan tepi jalan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved