
KOTA BHARU: Polis membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang dipercayai cuba melakukan perbuatan seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun yang ditemukan pengsan di tepi Jalan Kemuning, Machang, dekat sini Khamis lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan awal mendapati remaja terbabit melarikan diri dari rumah sebelum bertemu lelaki berkenaan dan menumpang motosikalnya.
Katanya, lelaki itu kemudian dipercayai menyuruh mangsa membuka pakaian menyebabkan remaja terbabit ketakutan lalu melarikan diri sebelum ditemukan oleh orang awam dalam keadaan pengsan.
“Dia naik motor, lelaki itu nak suruh dia buka baju, buka pakaian. Jadi dia takut, dia lari lagi.
“Dia lari lagi…sampailah orang kata dia pengsan. Lepas itu orang awam jumpa,” katanya kepada pemberita selepas sidang media pelupusan barang kes melibatkan dadah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.
Mohd. Yusoff memberitahu, polis kini menjalankan siasatan terhadap pemilik motosikal berkenaan mengikut peruntukan undang-undang berkaitan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
Katanya, bagaimanapun pemeriksaan doktor setakat ini tidak menemukan kesan mangsa dirogol.
“Cuma kita takut tadi ke arah cubaan. Identiti lelaki terbabit masih dalam siasatan polis,” ujarnya.-UTUSAN
The post Polis buka siasatan kes remaja perempuan ditemukan pengsan tepi jalan appeared first on Utusan Malaysia.





![[VIDEO] Polis siasat pelumba haram tutup laluan Lebuh Raya Linkedua](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/08/LUMBA-HARAM-TUTUP-JALAN-1024x768.jpeg)
