Lelaki maut terkena renjatan elektrik disyaki cuba curi kabel

4 Oct 2026 • 6:10 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Lelaki maut terkena renjatan elektrik disyaki cuba curi kabel

Seorang lelaki ditemui maut akibat terkena renjatan elektrik selepas disyaki cuba mencuri kabel TNB di Kapar, Klang.

SHAH ALAM: Polis mengesahkan seorang lelaki ditemukan maut akibat terkena renjatan elektrik, disyaki ketika cuba mencuri kabel milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kapar, Klang dekat sini pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramsay Embol berkata mayat warganegara tempatan berusia lingkungan 40-an itu ditemukan orang awam sebelum anggota polis digerakkan ke lokasi kejadian. 

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik semasa melakukan jenayah curi kabel, kedudukan dan tangan mangsa masih melekat pada kabel milik TNB. 

“Turut ditemukan peralatan memotong kabel bersama mangga dan motosikal yang digunakan mangsa ditinggalkan di lokasi kejadian. Waris keluarga telah mengecam mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ramsay berkata kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk proses bedah siasat. 

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mejar Azhar di talian 012-349 5921 bagi membantu siasatan,” katanya. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved