Mayat lelaki bawah tiang elektrik

4 Oct 2026 • 11:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki bawah tiang elektrik

KLANG – Mayat seorang lelaki ditemukan di bawah tiang elektrik di Jalan Akob, Kampung Kapar, di sini pagi tadi.

Penemuan mayat yang belum diketahui identitinya itu dilaporkan kepada pihak berkuasa sebelum pasukan bomba tiba di lokasi untuk khidmat mengambil mayat.

Punca mangsa berada di lokasi tersebut masih belum diketahui, namun difahamkan terkena renjatan elektrik.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 10.02 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapar bersama sebuah jentera tiba di lokasi pada pukul 10.11 pagi.

“Komander Operasi mendapati seorang lelaki dipercayai berbangsa India berada di bawah tiang elektrik. Identiti dan usia mangsa masih belum dikenal pasti.

“Anggota bomba menunggu arahan pihak polis sebelum mayat diserahkan untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki bawah tiang elektrik appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved