
Setiap orang pasti mempunyai rumah impian sendiri. Jika ada rezeki, rumah tersebut tentulah perlu mempunyai ruang yang luas dan sesuai untuk seisi keluarga.
Selain dekorasi di dalam rumah, laman di luar rumah juga perlu dititikberatkan.
Bagi yang tinggal di rumah landed, laman yang luas itu boleh diubah suai menjadi apa-apa saja yang diimpikan.
Lelaki minta idea untuk ruangan rumahnya
Namun, seorang pengguna Threads, @shazlanazli, baru-baru ini meminta pandangan netizen mengenai apa yang boleh dibuat dengan ruang di bahagian tepi rumahnya.
"Apa nak dibuat dengan ruangan tepi ni cer bagi idea sikit," soalnya.

Tetapi ruangan komennya tak seperti yang disangka, ramai menunjukkan idea masing-masing yang mencuit hati.
Seperti biasa netizen Malaysia jarang sekali serius, buka komen pertama pun dah ketawa.
Baca juga:
Lelaki Minta Edit Gambar Nampak Macam Di Hutan Amazon, Hasilnya Lain Macam
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Salah satu akaun yang menggamatkan ruangan komen itu ialah Watson Malaysia. Gambar yang dihasilkan memaparkan eskalator untuk ke premis Watson.
"Camni okay kot," kata admin Watson.

Selain itu, @___itsfaris pula menyunting sesuatu yang agak 'menyeramkan' iaitu kubur di ruangan tersebut.

Tadi Watson, @gengproperty pula menyunting IOI Mall di ruangan itu.

@tarqmhd hadir dengan suntingan eskalator untuk ke MRT.
"Tak payah hadap jem ke pusat bandar," katanya.

Sementara itu, @almuni_alias menyunting pasar makanan di ruangan tersebut.

Tetapi di sebalik suntingan gambar yang mencuit hati itu, ada juga yang memberikan idea bernas.
Ada yang cadangkan untuk membina kolam renang, surau dan tempat bermain golf.



"Buat pondok untuk family beriadah, tepi tu buat kebuh mini atau simenkan, kemudian boleh pacak khemah acah-acah glamping," cadang @rohaizadrosly.
Anda pula macam mana? Rasa-rasanya apa lagi boleh buat di ruangan rumah tersebut?






