Lelaki Pakistan Guna Logo Imigresen Pada Kenderaan Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 9:10 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Lelaki Pakistan Guna Logo Imigresen Pada Kenderaan Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

Lelaki Pakistan Guna Logo Imigresen Pada Kenderaan Ditahan Dalam Tempoh 24 Jam

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai menggunakan logo rasmi jabatan dan lampu mata arah pada sebuah kenderaan dalam tempoh kurang 24 jam selepas video berhubung kejadian itu tular di media sosial.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata lelaki itu ditahan dalam Operasi Khas yang dijalankan pada 4.30 petang semalam di PV3 Platinum Hill Condominium, Setapak, Kuala Lumpur susulan risikan berdasarkan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan berlogo JIM digunakan oleh warga asing.

Beliau berkata semasa pemeriksaan di premis itu pihaknya turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang didapati tinggal lebih masa di negara ini serta menemukan dua pasport Indonesia yang dipercayai milik individu lain dalam simpanan lelaki terbabit.

"Hasil siasatan awal terhadap individu tersebut mendapati video tular berkenaan dirakam pada April 2025 dan baru dimuat naik dalam status WhatsApp oleh isterinya pada 7 Ogos lepas. Isteri individu tersebut berada di Indonesia dan video tersebut dimuat naik ketika isterinya berada di negara itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Zakaria berkata lelaki warga Pakistan itu ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63, manakala wanita warga Indonesia ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Zakaria berkata susulan tangkapan itu, pasukan operasi mengesan sebuah Toyota Hilux bernombor pendaftaran VLH8773 yang dipercayai digunakan dalam video tular berkenaan di sebuah premis mencuci kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Beliau berkata pemilik sebenar kenderaan juga seorang warga Pakistan, ditahan bersama lapan lagi pekerja warga asing terdiri daripada empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Pakistan dan seorang lelaki India.

Beliau berkata pemilik kenderaan itu disiasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, manakala lapan pekerja terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) akta sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Baca juga:

Zakaria berkata pemilik kenderaan mengaku memasang logo JIM dan lampu mata arah berkenaan untuk kegunaan peribadi tanpa sebarang tujuan rasmi serta mendakwa tidak mengetahui perbuatan itu merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang.

Beliau berkata pemilik itu juga mendakwa logo dan lampu mata arah berkenaan telah ditanggalkan sebelum video itu tular.

"JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan logo atau identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej serta integriti jabatan," katanya.

Kesemua individu yang ditahan berserta kenderaan yang tular dalam video dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved